Susu Kolostrum C2Joy dipasarkan di pasaran dalam dan luar negara sudah melebihi 4 tahun. Kekuatan dan keberkesanan produk ini telah terbukti apabila kilang C2Joy mendapat pensijilan dan pengiktirafan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), malah pengiktirafan ISO 22000 Food Safety Management System. Kesemua pengiktirafan dan pensijilan ini mengesahkan C2Joy mempunyai kualiti bertaraf antarabangsa dan memenuhi segala piawaian tertinggi dalam industri makanan dan minuman dunia.
Susu Kolostrum C2Joy juga terbukti Halalan Toyyiban, di mana Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberi pensijilan Halal (Nomber Rujukan: JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/ 1 020-12/2006) di mana ianya menandakan C2Joy diproses daripada bahan mentah import New Zealand yang Halalan Toyyiban melalui pemprosesan, pembungkusan serta pelabelan yang Halalan Toyyiban.
Susu Kolostrum C2Joy bukan sahaja diiktiraf dengan pensijilan dan terbukti Halalan Toyyiban, tetapi juga telah dipatenkan secara spesifik, di mana TruCal D7 dipatenkan oleh Glanbia Nutritionals dan jenama C2Joy juga telah dipatenkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Paten ini memastikan C2Joy dilindungi undang-undang daripada sebarang produk tiruan dan pencerobohan hak intelek oleh Kerajaan Malaysia.
Susu Kolostrum C2Joy juga terbukti dan telah menjalani ujian makmal dari masa ke semasa sejak 10 tahun yang lepas dan dipastikan kualiti, rasa, kandungan dan keselamatannya sentiasa terjaga dan dikekalkan. Setiap kajian dan ujian makmal ini mematuhi piawaian Food and Drug Administration (FDA) yang membolehkan C2Joy dieksport ke seluruh dunia.